Malaysia Oversight

Nilai Bitcoin Turun Bawah $90,000

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Nilai Bitcoin Turun Bawah $90,000


Nilai Bitcoin Turun Bawah $90,000

November 18, 2025
Kewangan

Effi Saharudin

Nilai mata wang kripto Bitcoin susut bawah $90,000 hari ini dengan ia meneruskan trend penurunan nilai mata wang kripto sejak dua minggu kebelakangan ini. Semasa artikel ini ditulis, nilai Bitcoin ialah sekitar $89,878 (~RM 375,286) dengan ia masih lagi terus menyusut.

Bitcoin November 2025

Kali terakhir nilai Bitcoin di tahap serendah ini ialah pada penghujung April lalu dengan secara keseluruhan nilainya susut 16% sejak sebulan lalu. Nilai dijangka terus susut kerana dilakukan oleh pemegang dan faktor ketidakstabilan ekonomi Amerika Syarikat disebabkan operasi ditutup lebih 40 hari kerana gagal meluluskan belanjawan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link