Malaysia Oversight

Nike Menyiasat Dakwaan Bahawa Data Mereka Telah Dicuri Penggodam

By Amanz in January 27, 2026 – Reading time 1 minute
Tim Cook Membeli Saham Nike Berjumlah Sekitar $3 Juta


Nike Menyiasat Dakwaan Bahawa Data Mereka Telah Dicuri Penggodam

January 27, 2026
Sekuriti

Nazrin

NIke, jenama peralatan dan pakaian sukan terkemuka global baru-baru ini dilaporkan sedang menyiasat dakwaan bahawa data mereka telah digodam oleh kumpulan penggodam perisian tebusan terkemuka World Leaks baru-baru ini.

Kumpulan penggodam tersebut mengatakan bahawa mereka telah memuat-naik 14 terabyte data syarikat Nike. Walaubagaimanapun, data tersebut tidak dapat dimuat-turun dan disahkan, dan percubaan untuk mencari simpanan data yang telah digodam ini tidak ditemui lagi.

Nike

Oleh kerana itu, data syarikat yang digodam juga tidak dapat disahkan, tetapi Nike mengatakan bahawa mereka sedang mencari bukti dan menyiasat dakwaan tersebut. Buat masa ini, Nike tidak mendedahkan butiran mengenai penyiasatan tersebut, mahupun mengesahkan bahawa sebarang wang tebusan telah dibayar untuk mendapatkan kembali data tersebut.

Syarikat-syarikat penjual kelengkapan sukan seperti Dick’s, Macy dan JD Sports juga telah disoal sekiranya sumber godaman tersebut berlaku melalui platform mereka, tetapi setakat ini, syarikat-syarikat tersebut masih belum menjawab sebarang pertanyaan media mengenainya.

Reuters



Source link