Netflix dan FIFA Menawarkan Permainan Bola Sepak Sempena Piala Dunia 2026
Effi Saharudin
Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat tahun depan. Sempena acara sepak bola terbesar dunia ia diadakan, Netflix dan FIFA mengumumkan permua baharu khusus untuk pelanggan Neflix seluruh dunia.

Permua ini direka untuk dimainkan terus daripada TV dengan telefon pintar pula digunakan sebagai alat kawalan. Ia dibangunkan oleh dibangunkan oleh Delphi Interactive dengan ia adalah dalam genre simulasi bola sepak yang ringkas untuk dipelajari, menyeronokkan untuk dikuasai, dan mudah diakses oleh semua.
Masih tiada tangkapan layar rupa permua ini ataupun nama yang akan digunakan apabila dilancarkan kelak. Sebelum ini permainan bola sepak Piala Dunia dihasilkan secara eksklusif oleh EA Sports menggunakan jenama FIFA. Tetapi sejak perjanjian pelesenan luput, EA kini menawarkan permainan di bawah jenama EA FC mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






