MYTV Mana-Mana Kini Menawarkan Pelan Langganan Bebas Iklan Bermula RM6.90
May 24, 2025
•
Aman
MYTV Mana-Mana merupakan salah satu perkhidmatan penstriman tempatan, memudahkan pengguna mengakses sejumlah kandungan dan juga siaran televisyen langsung dengan mudah menggunakan peranti mudha-alih, mahupun melalui televisyen pintar. Selepas menawarkan perkhidmatan secara percuma dengan sokongan iklan, kini MYTV Mana-Mana turut memperkenalkan pelan langganan berbayar.
Sebanyak dua pelan disediakan, iaitu pelan asas dan juga premium. Pelan asas ditawarkan pada harga langganan RM6.90 sebulan, sementara pelan Premium pula pada harga RM9.90 sebulan.

Untuk pelan asas, ia hadir dengan sokongan bebas iklan, akses kepada 4 saluran langsung tambahan, serta akses kepada ribuan video dengan mudah. Untuk pelan Premium pula, ia hadir dengan akses kepada 10 saluran langsung tambahan, dan penawaran lain lebih kurang sama seperti pelan asas.
Pengguna boleh turut melanggan dalam pilihan langganan 3 bulan atau 12 bulan, yang menawarkan diskaun tambahan.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Mana-Mana hari ini, dan melanggannya sekiranya berminat dengan penawaran siaran tv langsung berkenaan.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.