MyEG Tukar Nama Syarikat Kepada Zetrix AI
June 30, 2025
•
Aman
MyEG merupakan salah satu jenama yang tidak asing bagi ramai pengguna tempatan. Ia menyediakan akses kepada sejumlah perkhidmatan e-kerajaan, memudahkan pengguna melakukan pembayaran dan sebagainya. Terbaru, MyEG mengumumkan penukaran nama syarikat kepada Zetrix AI.
Perkhidmatan MyEG dijangka masih kekal menggunakan nama sama, sementara perubahan ini adalah lebih kepada nama syarikat dan dagangannya di Bursa Malaysia. Nama baharu syarikat MyEG adalah Zetrix AI Berhad, dan akan menggunakan nama ZETRIX untuk dagangan di Bursa.
Perubahan nama ini juga sekaligus memperlihatkan fokus syarikat kepada arena kecerdasan buatan, dan juga penggunaan rantaian-blok Zetrix yang memfokuskan kepada penggunaan aplikasi dunia sebenar.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.