MyDigital ID Kelak Akan Digunakan Untuk Daftar Perkahwinan, Pembaharuan Pasport, Dan Sijil Kematian
Aman
Menteri Digital, Gobind Singh Deo kini dipetik mengatakan kelak pelbagai perkhidmatan melibatkan kerajaan akan memerlukan penggunaan MyDigital ID. Antara contoh yang diberikan adalah termasuk perkhidmatan seperti pendaftaran perkahwinan, sijil kematian dan juga pembaharuan untuk pasport.

Pada hari ini, beberapa perkhidmatan telah mula mengintegrasikan sokongan MyDigital ID, termasuk untuk pembayaran saman MyBayar, untuk aplikasi PTPTN, dan sejumlah yang lain. MyDigital ID juga menjadi teras utama untuk aplikasi MyGOV yang menjadi aplikasi sehenti untuk pelbagai perkhidmatan berasaskan kerajaan. Pendaftaran kad SIM prabayar baharu juga akan memerlukan pengguna mempunyai MyDigital ID.
Kerajaan juga dikatakan akan lebih giat guna-pakai MyDigital ID menjelang 2026 kelak. Pada hari ini, ia dikatakan mempunyai sekitar 6.36 juta pengguna berdaftar untuk perkhidmatan identiti berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






