Malaysia Oversight

MTV Akan Menghentikan Siaran Pada 31 Disember Selepas 44 Tahun Beroperasi

By Amanz in October 13, 2025 – Reading time 2 minute
MTV Akan Menghentikan Siaran Pada 31 Disember Selepas 44 Tahun Beroperasi



MTV Logo 1080

MTV Akan Menghentikan Siaran Pada 31 Disember Selepas 44 Tahun Beroperasi

October 13, 2025
Telekomunikasi

Effi Saharudin

Paramount, syarikat induk yang memiliki saluran MTV mengumumkan siaran akan dihentikan di United Kingdom dan Ireland bermula 31 Disember 2025. Selepas itu siaran akan dihentikan di pasaran global secara berperingkat melabuhkan tirai saluran yang memulakan operasi pada 1 Ogos 1981.

Tindakan menamatkan operasi MTV adalah bagi mengurangkan kos operasi syarikat sehingga $500 juta setahun. Perubahan landskap muzik membuatkan MTV tidak lagi menjadi destinasi utama untuk menonton muzik video artis kegemaran dan ia kini digantikan oleh platform penstriman seperti YouTube dan Music.

Di UK sebanyak lima saluran iaitu MTV Music, MTV 80s, MTV 90s, Club MTV dan MTV Live akan ditamatkan pada 31 Disember depan. Hanya saluran MTV HD akan dikekalkan dengan ia menayangkan rancangan realiti seperti Geordie Shore.

Identiti MTV sebagai tevevisyen untuk muzik sudah banyak berubah sejak awal 2000 selari dengan perubahan trend penonton. Bermula milenium baharu, MTV lebih terkenal dengan siri seperti Jackass, Jersey Shore, Real World, Singled Out dan Ridiculousness. Ia menggantikan siaran berita MTV News yang terkenal kerana yang melaporkan kematian Kurt Cobain dan Total Request Live yang menjadi siri siaran langsung yang menjadi platform pilihan mempromosikan muzik di akhir 90an.

Sebagai insan Generasi X, MTV bagi saya amat sinonim dengan siri MTV Unplugged yang mempopularkan semua genre akustik dan Headbanger’s Ball yang memperkenalkan saya kepada banyak kumpulan muzik baharu yang tidak didengari di radio Malaysia.

MTV memulakan siaran mereka pada 1 Ogos 1981 dengan tayangan video muzik Video Killed The Radio Star oleh The Buggles. Tetapi pada 31 Disember 2025, nampaknya streaming killed the video star pula berlaku.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link