Malaysia Oversight

Mr. Robot – Bahagian Teknologi Mr DIY Umum Kerjasama Dengan Pengeluar Robot, Agibot

By Amanz in January 29, 2026 – Reading time 1 minute
Mr. Robot – Bahagian Teknologi Mr DIY Umum Kerjasama Dengan Pengeluar Robot, Agibot


Mr. Robot – Bahagian Teknologi Mr DIY Umum Kerjasama Dengan Pengeluar Robot, Agibot

January 29, 2026
Robot

Aman

Mr Robot, bahagian memfokuskan teknologi dan automasi runcit dibawah Mr DIY International, kini mengumumkan kerjasama strategik dengan pengeluar robot terkemuka , Agibot. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan meneroka penggunaan penyelesaian robotik pintar dalam sektor runcit.

MrRobot Agibot

Mr Robot akan terus menerajui reka bentu, integrasi dan pengujian penyelesaian robotik untuk sektor runcit. Mereka akan menggunakan rangkaian runcit Mr DIY International untuk projek rintis, serta untuk pelaksanaan berperingkat.

Antara perkara yang akan diteroka adalah termasuk pengurusan inventori, operasi dalam kedai, penglibatan pelanggan dan juga pengoptimasian rantaian bekalan. Ini semua turut dijangka dijayakan melalui integrasi robot AgiBot dan juga sokongan kecerdasan buatan.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan integrasi robot dibawah Mr DIY International dalam masa terdekat ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link