Malaysia Oversight

Mozilla Dalam Persiapan Untuk Memperkenalkan Langganan Thunderbird Pro – Berharga $9 Sebulan

By Amanz in November 23, 2025 – Reading time 1 minute
Mozilla Dalam Persiapan Untuk Memperkenalkan Langganan Thunderbird Pro – Berharga $9 Sebulan


Mozilla Dalam Persiapan Untuk Memperkenalkan Langganan Thunderbird Pro – Berharga $9 Sebulan

November 23, 2025
Perisian
Web 2.0

Aman

Mozilla kini dalam persiapan untuk menawarkan perkhidmatan emel berbayar mereka, dibawah nama Thunderbird Pro. Ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri tambahan menarik, dan ditawarkan pada harga $9 sebulan. Langganan untuknya belum dibuka lagi, dan melalui laman rasmi, Mozilla membuka pendaftaran minat untuknya.

Thunderbird Pro

Thunderbird Pro hadir dengan beberapa ciri utama, termasuk sokongan perlindungan privasi hos untuk penghantaran dan penerimaan emel. Ciri ini turut hadir dengan perlindungan melalui penggunaan domain Thundermail untuk tujuan penghantaran dan penerimaan emel. Disamping itu, Thunderbird Pro turut hadir dengan sokongan penjadualan temu janji dengan pintar melalui integrasi kalendar, selain kemudahan menghantar fail bersaiz besar melaluinya.

Thunderbird Pro menawarkan sokongan storan sehingga 30GB, storan penghantaran sehingga 300GB, menyokong sehingga 15 alamat emel, dan 3 domain tersendiri.

Bagi anda yang berminat mendapatkan langganan berbayar ini, boelh melakukan pendaftaran minat melalui laman Thunderbird Pro. Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan. Melalui laman sama, ia dikatakan dana daripada langganan ini turut akan menyokong pembangunan aplikasi Thunderbird yang sedia ditawarkan kepada umum.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link