Malaysia Oversight

Mozilla Akan Menamatkan Perkhidmatan Pocket Pada 8 Julai 2025

By Amanz in May 23, 2025 – Reading time 1 minute


Aplikasi

Mozilla Akan Menamatkan Perkhidmatan Pocket Pada 8 Julai 2025

May 23, 2025

Aman

Mozilla hari ini secara mengejut mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan Pocket, pada 8 Julai 2025. Pocket merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda menyimpan pautan, dan kemudiannya membaca ia pada kemudian masa atau merujuknya dengan mudah.

Mozilla sebelum ini telah mengambil-alih Pocket pada 2017 yang lepas. Mozilla mengatakan pengguna telah menyimpan jutaan artikel melalui Pocket, namun cara penggunaan dan pelayaran web oleh orang ramai  kebelakangan ini telah berubah berbanding dulu.

Dengan penamatan ini, Mozilla dijangka akan lebih memfokuskan kepada pembangunan pelayar web Firefox mereka. Pengguna Pocket sedia ada boleh mengeksport simpanan anda sebelum 8 Oktober 2025 kelak.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link