Motorola Sedang Bangunkan Peranti AI Mereka Tersendiri?
Aman
Peniris terkemuka, @evleaks kini berkongsi beberapa gambar baharu, memperlihatkan sebuah peranti boleh-pakai bersaiz kompak oleh Motorola. Ini sekaligus memperlihatkan Motorola yang kini dibawah Lenovo, akan memperkenalkan peranti AI mereka tersendiri dalam masa terdekat.

Peranti AI berkenaan boleh dipakai bersama rantai, atau dipinkan pada baju. Menggunakannya, ia boleh mengenal-pasti persekitaran melalui integrasi kamera, selain memudahkan pengguna berinteraksi bersama dengannya. Ia tidak diketahui lagi model kecerdasan buatan janaan apakah yang akan menguasakan peranti ini.

Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan peranti ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengan peranti Motorola baharu ini dalam masa terdekat. Untuk makluman, sebelum ini beberapa syarikat telah mencuba peranti AI, termasuk antaranya adalah Humane AI Pin.






