Malaysia Oversight

Monitor Gaming ASUS ROG Strix 5K XG27JCG Dilancarkan Dengan Resolusi 5K 180Hz

By Amanz in December 11, 2025 – Reading time 1 minute
Monitor Gaming ASUS ROG Strix 5K XG27JCG Dilancarkan Dengan Resolusi 5K 180Hz


Monitor Gaming ASUS ROG Strix 5K XG27JCG Dilancarkan Dengan Resolusi 5K 180Hz

December 11, 2025
Asus

Amy Maizuraa

4K sudah menjadi kebiasaan manakala 5K muncul sebagai standard baharu dalam dunia gaming. Inilah yang dibawakan olehASUS ROG Strix 5K XG27JCG iaitu monitor gaming terawal dengan resolusi 5K serta kadar segar semula 180Hz untuk pengalaman visual lebih imersif.

ASUS ROG Strix 5K XG27JCG Dilancarkan Dengan Resolusi 5K 180Hz 004

Monitor ini hadir dengan paparan 27″ beresolusi 5120 × 2880 piksel serta ketumpatan piksel 218 PPI. Ia menyokong 5K/180Hz atau QHD/330Hz yang digabungkan dengan kadar segar semula 180Hz (OC) dan masa tindak balas 0.3ms GTG. Di samping itu, liputan warna 97% DCI-P3 bersama pensijilan VESA DisplayHDR 600 terbina diyakini mampu menyediakan paparan yang lebih terang.

ASUS ROG Strix 5K XG27JCG Dilancarkan Dengan Resolusi 5K 180Hz 002

Ia turut dikuasai teknologi ROG Gaming A.I dengan beberapa ciri pintar seperti Dynamic Shadow Boost, Dynamic Crosshair dan AI Visual bagi menambah pengalaman gaming. Selain itu, ia dilengkapi dengan DisplayPort 1.4 DSC, dua port HDMI 2.1 serta USB Type-C (15W). Di samping itu, terdapatnya tiga port USB 3.2 Gen1 Type-A dan bicu audio 3.5mm untuk sambungan tambahan.

ASUS ROG Strix 5K XG27JCG Dilancarkan Dengan Resolusi 5K 180Hz 003 edited

Reka bentuk mekanikal digunakan menyokong kebolehan melaras ketinggian, kecondongan, putaran dan pusingan monitor sekali gus memudahkan penggunaan. Buat masa ini, ASUS belum mengumumkan tarikh jualan rasmi serta harga bagi ROG Strix XG27JCG.



Source link