Malaysia Oversight

Model AI Baharu Meta Mungkin Tidak Ditawarkan Dalam Bentuk Sumber Terbuka

By Amanz in December 12, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Syarikat Memfokuskan Pembangunan Cip RISC-V – Rivos



Meta Logo

Model AI Baharu Meta Mungkin Tidak Ditawarkan Dalam Bentuk Sumber Terbuka

December 12, 2025
Kecerdasan Buatan
Meta

Aman

Meta sebelum ini sedia menawarkan model bahasa raya mereka, Llama dalam bentuk sumber terbuka, sekaligus membolehkan para pembangun menggunakannya dalam pembangunan masing-masing, selain menawarkan kesejahteraan kepada arena pembangunan kecerdasan buatan. Namun, bergerak kehadapan, Meta dijangka mengubah kaedah mereka menawarkan model AI mereka.

Lanjutan laporan Meta sedang bangunkan model “Avocado”, kini ia turut diperkatakan Meta akan mengubah penawarannya, dan tidak lagi akan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka.

Mengikut laporan, Meta menggunakan beberapa model pihak ketiga, termasuk Google, Alibaba dan OpenAI dalam membantu melatih model Avocado ini. Dengan peralihan pelesenan model ini juga, memperlihatkan Meta boleh mengenakan caj tambahan kepada pihak berminat bagi mengakses perkhidmatan Meta AI atau model bagi penggunaan perusahaan.

Pihak Meta masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link