Micron Menghentikan Jenama Crucial Bagi Memberi Tumpuan Kepada Keperluan AI
Effi Saharudin
Micron mengumumkan akan menamatkan jenama memori dan storan pengguna Crucial bagi memberi tumpuan kepada pasaran memori untuk perniagaan khususnya bagi keperluan pusat data dan juga kecerdasan buatan (AI).

Secara rasminya produk Crucial akan dihentikan bermula Februari 2026 dengan Micron masih akan meneruskan sokongan jaminan kepada pelanggan selepas tarikh tersebut. Ia adalah antara jenama memori yang terkemuka sejak mula memasuki pasaran 29 tahun lalu. Penarikan diri Micron daripada pasaran memori untuk konsumer dilakukan kerana permintaan amat tinggi untuk memori DRAM dan NAND yang diperlukan pusat data serta AI.
Beberapa minggu lalu Lenovo mengesahkan mereka mula mengumpul stok memori bagi memenuhi keperluan produk sepanjang 2026 sekaligus mengelakkan kejutan peningkatan harga kepada pelanggan. Samsung dan Xiaomi juga mengesahkan harga peranti mereka akan meningkat disebabkan permintaan untuk memori yang tinggi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






