Malaysia Oversight

Micron Melaburkan $24 Bilion Untuk Menambah Kapasiti Pengeluaran Memori Di Singapura

By Amanz in January 27, 2026 – Reading time 1 minute
Micron Melaburkan $24 Bilion Untuk Menambah Kapasiti Pengeluaran Memori Di Singapura


Micron Melaburkan $24 Bilion Untuk Menambah Kapasiti Pengeluaran Memori Di Singapura

January 27, 2026
Kecerdasan Buatan

Nazrin

Micron kini dilihat sedang mengembangkan kapasiti pengeluaran cip memori mereka untuk sektor enterprise dan AI pada kadar yang sangat pesat sekali. Reuters telah melaporkan bahawa syarikat pengeluar cip memori dan storan tersebut akan melaburkan $24 bilion untuk membangunkan sebuah kilang baru di Singapura untuk menghasilkan lebih banyak komponen memori.

Kilang tersebut akan hadir dengan keluasan 65,000 meter persegi dan akan mula beroperasi pada kapasiti penuh bermula separuh kedua 2028 kelak, menambahkan kapasiti kepada 98 peratus kapasiti pengeluaran global cip semikonduktor memori dan storan mereka di negara tersebut.

Micron HBM3 Header

Dalam pada itu, Micron juga sedang membina pusat pempakejan cip memori yang bernilai $7 bilion di Singapura yang akan membantu dalam pempakejan memori HBM yang akan diperlukan untuk mempercepatkan pengeluaran cip memori tersebut untuk digunakan oleh sektor AI. Kilang pempakejan ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2027.

Micron dilihat membuat pelaburan yang sangat besar di lokasi-lokasi seperti New York, Taiwan dan juga Singapura untuk memastikan bahawa mereka boleh membekalkan komponen memori yang mencukupi untuk industri AI yang kini dilihat menggugat kemaslahatan industri-industri teknologi yang lain.

Mereka juga berkata bahawa bekalan memori akan kekal sempit sehingga sekurang-kurangnya tahun 2027, dan banyak syarikat dilihat akan terpaksa mencatu bekalan komponen mereka walaupun mereka tidak begitu bersangkut-paut dengan industri perkomputeran.

Reuters



Source link