Malaysia Oversight

Micron 9650 SSD Ialah Storan PCIe 6.0 Terbaru Dengan Kelajuan Penghantaran Data 30.25GB/s

By Amanz in May 26, 2025 – Reading time 1 minute
Micron 9650 SSD Ialah Storan PCIe 6.0 Terbaru Dengan Kelajuan Penghantaran Data 30.25GB/s


Perkakasan

Micron 9650 SSD Ialah Storan PCIe 6.0 Terbaru Dengan Kelajuan Penghantaran Data 30.25GB/s

May 26, 2025

Nazrin

Industri perkomputeran kini dilihat sedang memanfaatkan storan SSD PCIe 5.0 untuk kegunaan harian, tidak kira untuk segmen pengguna ataupun sektor industri. Storan SSD yang menggunakan piawaian tersebut secara lazimnya akan memperlihatkan kelajuan penghantaran data sekitar 13-14GB/s.

Baru-baru ini, Micron, sebuah syarikat pembuat cip semikonduktor memori dan storan telah memperlihatkan storan PCIe 6.0 pertama mereka, iaitu Micron 9650 SSD. Storan PCIe 6.0 masih belum disahkan oleh pihak PCIe, dan secara teknikalnya, masih tiada papan induk yang menyokong sambungan ini.

image 57

Melalui apa yang dilaporkan oleh Tom’s Hardware, storan ini, yang diperkenalkan sejak tahun lepas, telah diuji oleh Astera Labs, sebuah syarikat yang membangunkan kelangkapan untuk teknologi AI dan pusat data yang memperlihatkan kadar penghantaran data sekitar 30.25GB/s, apabila Micron mengatakan bahawa mereka memperlihatkan ia hadir dengan kelajuan sekitar 26GB/s.

Di acara Computex, Astera Labs dilihat menguji beberapa komponen storan AI mereka, seperti papan litar Scorpio PCIe 6.0 4×16 mereka. Kelebihan suis ini dilihat boleh membantu syarikat-syarikat AI untuk mengurangkan masa pendam antara GPU dan storan, kerana ia membenarkan GPU AI untuk berinteraksi dengan storan tanpa perlu melalui CPU.

Pihak PCI-SIG masih belum mengesahkan spesifikasi untuk sambungan ini lagi, dan buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah storan tersebut akan diperkenalkan di pasaran.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link