Malaysia Oversight

Michael Caine dan Matthew McConaughey  Membenarkan AI ElevenLab Menjana Suara Mereka

By Amanz in November 12, 2025 – Reading time 1 minute
Michael Caine dan Matthew McConaughey  Membenarkan AI ElevenLab Menjana Suara Mereka


Michael Caine dan Matthew McConaughey  Membenarkan AI ElevenLab Menjana Suara Mereka

November 12, 2025
Kecerdasan Buatan
Kreatif

Effi Saharudin

Jika selama ini anda mempunyai impian menghasilkan video dengan suara narator pelakon terkemuka Michael Caine dan Matthew McConaughey, kelak akan boleh melakukannya dengan teknologi ElevenLabs. Kedua-dua pelakon ini bersetuju membenarkan suara mereka digunakan untuk menjana audio menerusi sistem kecerdasan buatan (AI) generatif.

McConaughey juga bersetuju melakukan pelaburan ke dalam Eleven Labs tetapi jumlahnya tidak didedahkan. Beliau akan menggunakan teknologi ElevenLabs bagi menjana audio bahasa Sepanyol untuk buletin Lyrics of Livin’ beliau.

Eleven Labs Iconic Voice Marketplace

Serentak dengan pengumuman ini, ElevenLabs mengumumkan Iconic Marketplace yang membolehkan pengguna membayar untuk menjana audio selebriti terkemuka bagi keperluan pelbagai projek.

Suara yang ditawarkan pada waktu ini ialah Michael Caine, Liza Minelli, Art Garfunkel, Shoeless Joe Jackson, Judy Garland, John Wayne, Bettie Page, Burt Reynolds, Maya Angelou, Richard Feynman, Laurence Olivier, Amelia Earhart, Babe Ruth, Mark Twain, Ty Cobb, Jack Dempsey, Rocky Marciano, Al Joyner, Johnny Weissmuller, Jim Thorpe, Thomas Edison, Jean Harlow, Lana Turner, Mickey Rooney, Montgomery Clift, Alan Turing, J. Robert Oppenheimer dan Rock Hudson.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link