Meta Sedang Bangunkan Model AI Baharu Untuk Imej Dan Video
Aman
Meta sedia dilaporkan sedang bangunkan sebuah model kecerdasan buatan janaan baharu dengan nama kod “Avocado”, yang bakal menggantikan model Llama sedia ada. Beberapa desas-desus turut mengatakan model berkenaan akan dikhususkan untuk pihak Meta, dan tidak lagi ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka seperti model Llama sebelum ini.

Selain model untuk teks, Meta kini dilaporkan sedang bangunkan model baharu untuk imej dan juga video, dan bakal diperkenalkan pada pertengahan pertama 2026 kelak. Dengan model baharu, ia dijangka menawarkan penjanaan imej dan video yang lebih baik – berkemungkinan selari dengan penawaran Google dan OpenAI.
Dengan pelbagai perkembangan ini, ia dijangka tahun 2026 akan menjadi tahun dimana Meta memfokuskan sepenuhnya dalam arena kecerdasan buatan. Meta AI yang diperkenalkan juga dilihat masih tidak begitu berjaya mencuri perhatian ramai, dan tidak memberikan maklumbalas yang baik kepada pelbagai pertanyaan. Sama-sama kita nantikan bagaimana pelbagai pembangunan model baharu ini akan membawa kepada penambah-baikkan pada Meta AI.






