Malaysia Oversight

Meta Sedang Bangunkan Model AI Baharu Gantikan Llama

By Amanz in December 10, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Sedang Bangunkan Model AI Baharu Gantikan Llama


Meta Sedang Bangunkan Model AI Baharu Gantikan Llama

December 10, 2025
Kecerdasan Buatan
Meta

Aman

Meta kini dilaporkan sedang bangunkan versi baharu model bahasa mereka yang bakal menjadi pengganti generasi baharu untuk Llama. Secara dalaman, ia dikenali dengan nama kod “Avocado”.

Menurut laporan CNBC, Meta menyasarkan untuk memperkenalkan model ini pada suku pertama 2026 kelak. Pengenalan model baharu ini dijangka akan meneruskan persaingan Meta dalam arena ini.

Meta AI

Untuk makluman, Mark Zuckerberg sedia mengumumkan pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan, termasuk memperkenalkan Meta AI dengan meluas kepada semua melalui integrasi pada Facebook, Instagram dan WhatsApp. Walaubagaimanapun, untuk tahun ini, mereka dilihat mengalami kelewatan dan cabaran teknikal dalam pembangunan – membuatkan model baharu mereka tidak menerima perhatian ramai berbanding Google dan OpenAI.

Mark Zuckerberg sendiri telah cuba mengatasi masalah ini dengan mendapatkan pelbagai pakar dan tenaga kerja ke Meta, dan menawarkan imbuhan yang tinggi kepada mereka. Meta sebelum ini sedia menawarkan Llama dalam bentuk sumber terbuka. Laporan awal mengatakan “Avocado” mungkin tidak ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka kepada para pembangun.

Dengan tekanan terhadap Meta dalam arena ini, semestinya Mark Zuckerberg tidak ingin mengalah, dan akan hadir dengan penawaran yang setanding dengan lain – apatah lagi dengan fokus mereka terhadap arena kaca mata pintar yang memerlukan model AI yang menguasakannya.



Source link