Meta Mula Mengintegrasikan Perkongsian Threads Terus Pada Facebook
May 5, 2025
•
Aman
Dalam meningkatkan lagi kadar penggunaan dan juga capaian perkongsian di Threads, kini Meta dilihat telah mula mengintegrasikan perkongsian-perkongsian di Threads terus pada perkhidmatan sosial utama mereka, Threads.

Sejumlah pengguna tempatan telah mula menerima integrasi ini, sekaligus membolehkan mereka melihat perkongsian tular di Threads, pada Facebook. Seperti ramai sedia maklum, Facebook mempunyai lebih 3 bilion pengguna seluruh dunia, sementara Threads mempunyai 350 juta pengguna aktif seluruh dunia. Dengan integrasi ini, ia membolehkan Meta turut meningkatkan kadar penggunaan Threads secara tidak langsung.
Buat masa ini, paparan ini dipaparkan secara rawak ketika melayari Facebook. Memandangkan bentuk perkongsian teks sedia biasa dalam kalangan pengguna Facebook, maka ia lebih mudah untuk menarik pengguna ke Threads. Bagi pengguna yang memasang aplikasi Threads, bacaan lanjut perkongsian di aplikasi Facebook akan terus membawa pengguna ke Threads.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.