Meta Mengambil-Alih Syarikat Peranti AI Boleh-Pakai, Limitless
Aman
Meta hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih syarikat memfokuskan pembangunan peranti boleh pakai yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan, iaitu Limitless. Nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan. meta mengatakan pengambil-alihan ini akan mempercepatkan lagi kerja mereka dalam pembangunan peranti boleh-pakai yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan janaan.

Limitless sebelum ini menghasilkan sebuah peranti berbentuk loket yang boleh dipakai bersama rantai atau di baju, dan ia boleh merakam perbualan serta menjana ringkasan berkaitan dengan sesuatu perbualan berkenaan.
Limitless mengatakan pelanggan sedia ada boleh terus menggunakan peranti berkenaan, dan tiada lagi langganan akan dikenakan bergerak kehadapan.
Untuk Meta sendiri, ia dilihat mereka akan terus hadir dengan pelbagai variasi peranti boleh-pakai dibawah mereka. Buat masa ini, Meta bekerjasama dengan pengeluar kaca mata dalam menghasilkan kaca mata pintar yang mengintgerasikan sokongan Meta AI. Selain Meta, pelbagai syarikat turut sedang melihat kepada penawaran lebih kurang sama – yang dilihat akan menggantikan penggunaan telefon pintar masa kini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





