Meta Kini Hadir Dengan Pelan “Business Max” Yang Membolehkan Perkongsian 6 Reel Dengan Pautan Setiap Bulan – RM869 Sebulan
November 26, 2025
Meta
Aman
Meta sedia menawarkan pelan Meta Verified, yang memberikan tanda calit biru pada akaun, serta beberapa ciri tambahan melaluinya. Terbaru, Meta dilihat mengemaskini penawaran Meta Verified, dan menyediakan beberapa pelan berbeza dibawahnya.
Sebanyak empat pelan berbayar baharu ditawarkan dibawah Meta Verified, yang selain menawarkan calit biru, ia turut menawarkan beberapa ciri tambahan, iaitu:
Meta Standard
- RM41.99 sebulan
- Perlindungan penyamaran, Sokongan yang dipertingkatkan
Meta Plus
- RM86.90 sebulan
- Sokongan perkongsian 2 Reels dengan pautan setiap bulan
Meta Premium
- RM259 sebulan
- Sokongan perkongsian 4 Reels dengan pautan setiap bulan
Meta Max
- RM869.90 sebulan
- Sokongan perkongsian 6 Reels dengan pautan setiap bulan

Ciri ini telah mula ditawarkan kepada pengguna Meta Business di Malaysia, dan dijangka turut diperluaskan kepada pengguna individu tidak lama lagi. Jadi, bagi anda, adakah anda akan membayar untuk menerima akses menambah pautan pada Reels?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






