Malaysia Oversight

Meta Dilaporkan Pertimbang Mengurangkan Belanjawan Dan Pekerja Untuk Bahagian Metamesta

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Dilaporkan Pertimbang Mengurangkan Belanjawan Dan Pekerja Untuk Bahagian Metamesta


Meta Dilaporkan Pertimbang Mengurangkan Belanjawan Dan Pekerja Untuk Bahagian Metamesta

December 5, 2025
Meta

Aman

Meta kini dilaporkan pertimbang dalam mengurangkan belanjawan dan juga bilangan pekerja untuk bahagian metamesta. Sekiranya ia dilaksanakan, ia mungkin mengurangkan jumlah belanjawan untuk bahagian berkenaan sehingga 30%, sekaligus memberikan impak kepada peranti Quest dan juga Meta Horizon Worlds.

Metamesta Meta

Meta sebelum ini telah melakukan pelaburan besar dalam pembangunan metamesta, malah turut telah menjenamakan semula syarikat mereka sebagai Meta. Namun, arena berkenaan tidak menerima perhatian ramai, tetapi arena kecerdasan buatan telah menjadi fokus utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain kecerdasan buatan, Mark Zuckerberg yang mengetuai Meta turut telah memfokuskan kepada pembangunan kaca mata pintar dengan teknologi realiti-terimbuh.

Walaupun belanjawan dan pekerja dikurangkan, ia dikatakan Mark Zuckerberg masih percaya arena ini akan menjadi salah satu produk yang digunakan ramai pasa masa akan datang. Mungkin untuk sementara waktu berkenaan, Meta akan lebih memfokuskan perbelanjaan pada arena kecerdasan buatan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link