Meta Dilaporkan Ingin Menggunakan Model AI Google dan OpenAI
Effi Saharudin
Meta sedang mempertimbangkan untuk menggunakan model kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh pesaing seperti Google dan OpenAI dalam perkhidmatan mereka menurut laporan The Information. Pihak pengurusan Meta Superintelligence Labs (MSL) ingin menggunakan AI berasaskan teks pesaing ke dalam sistem chatbot Meta AI.

Laporan ini muncul selepas Meta mengumumkan kerjasama dengan Midjourney untuk menggunakan model AI generatif bagi menjana imej. Dalam laporan yang sama, penggunaan model keluaran pesaing ini hanyalah langkah sementara Meta memastikan model Llama 5 mereka sedang dibangunkan akan mempunyai kemampuan yang setanding.
Hanya beberapa bulan lalu MSL ditubuhkan dengan Meta membelanjakan ratusan juta untuk memancing pekerja daripada OpenAI, Google, Apple dan Microsoft. Tetapi dalam jangka masa yang pendek MSL dipecahkan menjadi empat kumpulan berbeza, jumlah pekerja akan dikurangkan dan pengambilan pekerja baharu dibekukan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.