Malaysia Oversight

Meta Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Google Untuk AI

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Google Untuk AI



Cip

Meta Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Google Untuk AI

November 25, 2025
Google
Meta

Aman

Meta kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama pihak Google, dan ingin berbelanja berbilion ringgit dalam menggunakan cip yang dihasilkan oleh Google pada pusat data mereka. Meta menyasarkan menggunakan cip Google ini bermula 2027 kelak.

Langkah ini sekaligus memposisikan Google sebagai pesaing kepada NVIDIA dalam arena semikonduktor, sekaligus memperlihatkan kemungkinan syarikat AI lain turut menggunakan cip Google.

Selain penggunaan cip Google, Meta juga dikatakan ingin menyewa cip melalui Google Cloud seawal 2026 kelak.

Google pada hari ini menggunakan TPU untuk pelbagai tugasan melibatkan kecerdasan buatan. Sehingga kini, Google menggunakannya pada pusat data dan penawaran mereka sahaja, tetapi dengan langkah ini, ia dilihat membolehkan Google turut mengasingkannya sebagai unit operasi lain, dan menjana pendapatan melaluinya.

Buat masa ini, Google dan Meta tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Tetapi, sekiranya perkara ini diumumkan dalam masa terdekat, ia dijangka akan memberikan impak tinggi terhadap NVIDIA yang sedia mendominasi pasaran berkenaan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link