Malaysia Oversight

Mesin Yang Menghasilkan 1900 Kali Ganda Graviti Bumi Siap Dibina Di China

By Amanz in January 8, 2026 – Reading time 1 minute
Mesin Yang Menghasilkan 1900 Kali Ganda Graviti Bumi Siap Dibina Di China


Mesin Yang Menghasilkan 1900 Kali Ganda Graviti Bumi Siap Dibina Di

January 8, 2026
Lain-lain

Effi Saharudin

Mesin pengempar (centrifuge) paling berkuasa dunia telah dipasang di Centrifugal Hypergravity and Interdisciplinary Experiment Facility (CHIEF) yang terletak di Hangzhou pada Disember lalu. Mesin yang diberi nama CHIEF 1900 boleh menjana sehingga 1900 kali ganda tarikan graviti bumi apabila beroperasi sepenuhnya kelak. Ia memintas pengempar CHIEF1300 dengan keupayaan menjana 1300 graviti bumi yang mula beroperasi September lalu di lokasi yang sama.

CHIEF China Centrifuge Pengempar A

Sebanyak tiga mesin pengempar akan dibina di CHIEF dengan ia dilengkapi enam kebuk untuk menjana daya hipergraviti ketika berputar. Tekanan hipergraviti digunakan dalam kajian bahan, proses geologi, perlombongan laut dalam, kajian seismik bumi dan pemprosesan bahan. Pembinaan dimulakan pada tahun 2020 dengan keseluruhan fasiliti dijangka siap tahun depan.

CHIEF1300 China Centrifuge Pengempar A

Antara kajian yang akan dimulakan ialah cara mengekstrak gas hidrat daripada lantai lautan yang di bawah tekanan yang tinggi. Sebelum eksplorasi sebenar dilakukan, teknik boleh diuji menggunakan pengempar. Hipergraviti juga boleh menguji kesan tekanan pada empangan selama beberapa dekat dalam masa beberapa jam sahaja.

CHIEF terkandung dalam pelan Rancangan Lima Tahun Ke-13 (2016–2020) sebagai salah satu daripada sepuluh infrastruktur saintifik utama dengan pelaburan berjumlah lebih RMB 2 bilion (~RM 1.16 bilion).

SCMP



Source link