Malaysia Oversight

Mesin Basuh Manusia Boleh Dibeli Di Jepun Pada Harga RM 1.59 Juta

By Amanz in December 3, 2025 – Reading time 1 minute
Malas Mandi? Mesin Basuh Manusia Kini Dijual Di Jepun


Mesin Basuh Manusia Boleh Dibeli Di Jepun Pada Harga RM 1.59 Juta

December 3, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Mirai Ningen Sentakki yang bermaksud mesin basuh manusia diperlihatkan di Expo 2025 Osaka dengan ia dibangunkan oleh firma Science sebagai menyambut ulang tahun ke-55 prototaip mesin basuh manusia diperlihatkan di Expo 1970 Osaka. Di tapak expo, pelawat boleh mencuba mesin basuh manusia ini sekiranya berani.

Pada asalnya ia sekadar prototaip tetapi Science kini menawarkan Mirai Ningen Sentakki pada harga 60 juta Yen (~RM 1.59 juta) kepada pelanggan yang berminat dengan 60 unit sahaja akan dikeluarkan,.

Mesin Basuh Manusia Mirai Ningen Sentakki A

Ia membasuh badan manusia dalam masa 5 minit sahaja dengan pengguna duduk dalam kedudukan berbaring. Di peringkat awal badan manusia akan direndam sebelum sistem pancuran dan semburan air sabun akan membersihkan kotoran di badan.

Mesin Basuh Manusia Mirai Ningen Sentakki B

Semasa duduk di dalam pod pembersihan, pengguna akan ditayangkan video dan muzik yang menenangkan jiwa. Nadi akan dijejak oleh Mirai Ningen Sentakki untuk melihat tahap stres. Selepas kitaran membersih lengkap, air akan dikeluarkan daripada kebuk dan pengguna boleh keluar untuk mengeringkan badan.

Science mendedahkan kos membina prototaip Mirai Ningen Sentakki menelan belanja 100 juta Yen (~RM 2.78 juta). Sekiranya anda jenis malas mandi, anda boleh ke negara kelahiran Doraemon untuk mencuba sendiri mesin basuh manusia komersial pertama dunia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link