Menteri Sasar Kerjasama Penuh Platform Sosial Menjelang Pertengahan 2026 Untuk Hadkan Akses Pengguna Bawah 16 Tahun
Aman
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kini menyasarkan kerjasama penuh semua platform media sosial dalam mengehadkan akses untuk pengguna berumur 16 tahun ke bawah. Dengan langkah ini, hanya pengguna berusia 16 tahun dan ke atas sahaja yang dibenarkan menggunakan media sosial di Malaysia.

Untuk makluman, buat masa ini, perkara ini masih pada fasa perbincangan lagi, dan belum ada tarikh pasti untuk penguat-kuasaannya. Sebelum ini, beberapa negara telah mula menguat-kuasa had 16 tahun untuk penggunaan media sosial, selepas mengambil kira kesejahteraan dan kesihatan mental kanak-kanak dan golongan bawah umur.
Perkongsian ini hadir selari menyatakan SKMM mungkin akan menyaman X dalam masa terdekat, disebabkan kegagalan dalam memastikan keselamatan perkongsian kandungan pada platform tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





