Malaysia Oversight

Menjana Imej Lucah Menggunakan AI Kini Satu Kesalahan Jenayah Di UK

By Amanz in January 13, 2026 – Reading time 1 minute
Menjana Imej Lucah Menggunakan AI Kini Satu Kesalahan Jenayah Di UK


Menjana Imej Lucah Menggunakan AI Kini Satu Kesalahan Jenayah Di UK

January 13, 2026
Kecerdasan Buatan

Nazrin

Tatkala dunia media sosial dan internet kini sedang dibelenggu oleh masalah perkhidmatan kecerdasan buatan Grok keluaran xAI dan X yang kini boleh menjana imej lucah tanpa sebarang halangan, sejumlah termasuklah Malaysia kini telah mengharamkan penggunaan Grok di negara-negara mereka.

Terkini, ia dilaporkan bahawa United Kingdom telah mengumumkan bahawa penjanaan imej lucah menggunakan kecerdasan buatan, khususnya tanpa persetujuan individu adalah satu kesalahan jenayah di negara tersebut.

Grok

Liz Kendall, Setiausaha Teknologi juga mengatakan bahawa undang-undang baru akan dirangka untuk mengharamkan syarikat-syarikat teknologi yang beroperasi di negara tersebut daripada menghasilkan perisian dan perkhidmatan yang boleh menghasilkan olahan imej ataupun video sebegitu.

Suruhanjaya komunikasi UK, Ofcom baru-baru ini juga telah menjalankan siasatan keatas X kerana membenarkan Grok untuk menghasilkan olahan imej dan video lucah tanpa menghiraukan isu keselamatan pengguna platform media sosial tersebut.

Kemaskini perundangan kepada akta Data Act ini sudahpun dibahas dan diluluskan sejak Jun 2025, dan akan akhirnya dikuatkuasakan bermula minggu ini. Perundangan ini juga boleh digunapakai dibawah Online Safety Act, yang mana jenayah menjana imej dan video lucah adalah satu kesalahan yang besar.

BBC



Source link