Malaysia Oversight

Maybank Akan Mengehadkan Akses Kepada Platform Perbankan Pada Pelayar Web Dan Sistem Operasi Yang Tidak Disokong

By Amanz in November 10, 2025 – Reading time 2 minute
Penetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MAE


Pada minggu lepas, Maybank telah mengumumkan bahawa aplikasi MAE kini telah hadir dengan sokongan pengesahan identiti menggunakan sistem biometrik peranti untuk pengesahan transaksi melalui Secure2U.

Sejajar dengan itu, bank tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa bank tersebut akan mengehadkan akses kepada platform perbankan mereka pada peranti-peranti ataupun komputer yang menggunakan sistem operasi yang tidak disokong dan juga pelayar web yang tidak dikemaskini kepada versi terbaru yang disokong.

Platform-platform perbankan yang akan menerima kemaskini keselamatan digital ini termasuklah aplikasi MAE, laman web Maybank2u, platform aplikasi dan laman web M2U Biz dan M2E. Pihak Maybank mengatakan bahawa kemaskini ini akan diperkenalkan kepada platform-platform tersebut secara berperingkat.

Maybank Mae

Untuk aplikasi-aplikasi Maybank, misalnya, Maybank akan menamatkan sokongan aplikasi pada peranti-peranti yang menggunakan sistem operasi Google Android 9, Android 10, iOS 14 dan iOS 15.

Untuk platform laman web pula, pelayar-pelayar web yang tidak lagi akan disokong termasuklah Opera versi 116 dan kebawah, Microsoft Edge (Windows) versi 133 dan kebawah, Google Chrome (Windows) versi 133 dan kebawah, Mozilla Firefox (Windows) versi 134 dan kebawah dan Safari () versi 17 dan kebawah.

Maybank mengesyorkan pelanggan-pelanggan mereka untuk menaiktaraf sistem operasi peranti pintar mereka ke sistem operasi Google Android 13 dan keatas dan iOS 18 keatas untuk menikmati fungsi-fungsi penuh aplikasi MAE, M2U Biz dan M2E.

Maybank juga mengatakan bahawa aplikasi sistem operasi Android 12, 13 dan Apple iOS 16, 17 masih akan disokong oleh Maybank, tetapi berkebarangkalian akan hadir dengan had penghantaran wang harian yang lebih rendah untuk memastikan keselamatan akaun pengguna.

Maybank



Source link