Malaysia Oversight

Maxim Malaysia Teruskan Operasi Selepas Kelulusan APAD

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 2 minute
Maxim Malaysia Teruskan Operasi Selepas Kelulusan APAD


Maxim Malaysia Teruskan Operasi Selepas Kelulusan APAD

December 5, 2025
Seru-Pandu

Amy Maizuraa

Maxim E-hailing Malaysia kini sah beroperasi di seluruh negara selepas menerima kelulusan muktamad daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Dengan kelulusan ini, syarikat telah menamatkan tempoh pemantauan selama tiga bulan serta memenuhi sepenuhnya semua syarat peraturan ditetapkan.

Maxim Kuantan IMG 2452

Menurut kenyataan rasmi, kelulusan itu mengesahkan bahawa Maxim kini memenuhi sepenuhnya keperluan operasi seru pandu. Wakil Maxim Malaysia menegaskan bahawa pencapaian ini membuka peluang kepada fasa pertumbuhan lebih kukuh dengan tumpuan pada keselamatan penumpang, kebajikan pemandu serta komuniti.

Maxim C 1

Dalam sidang media semalam, Maxim menjelaskan beberapa bidang utama yang diberi perhatian sepanjang tempoh pemantauan. Dari aspek pematuhan dan lesen, syarikat melaksanakan audit dalaman terhadap lesen PSV dan eVP, mengemas kini proses pengambilan pemandu, serta memperketat prosedur pemeriksaan bagi memastikan standard operasi dipatuhi sepenuhnya.

Bagi sokongan pemandu, Maxim menyalurkan bantuan kewangan sehingga RM400, memberikan insentif komisen 0% kepada pemandu baharu dan OKU, serta bekerjasama dengan beberapa sekolah memandu bagi mempercepatkan proses mendapatkan lesen PSV.

Maxim C

Dalam aspek keselamatan, Maxim menambah baik perkhidmatan dengan memperkenalkan pilihan perjalanan khusus untuk wanita di Pantai Timur, menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak kepada pemandu terpilih di Terengganu, serta meningkatkan fungsi butang SOS bagi memastikan respons kecemasan lebih pantas dan berkesan.

Sementara itu, dari aspek komuniti dan tanggungjawab sosial korporat, Maxim menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), menganjurkan kempen derma darah, serta menyediakan sokongan pengangkutan khusus bagi komuniti cacat penglihatan.

Dengan kelulusan ini, Maxim menegaskan komitmen untuk memperkukuh perkhidmatan, memperluas capaian serta menyokong pembangunan ekosistem pengangkutan yang menyeluruh di Malaysia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link