Malaysia Oversight

Maxim Ingin Meluaskan Perkhidmatan Meliputi Penghantaran Makanan Dan Barangan Pada 2026

By Amanz in January 6, 2026 – Reading time 1 minute
Maxim Ingin Meluaskan Perkhidmatan Meliputi Penghantaran Makanan Dan Barangan Pada 2026


Maxim Ingin Meluaskan Perkhidmatan Meliputi Penghantaran Makanan Dan Barangan Pada 2026

January 6, 2026
Seru-Pandu

Aman

Maxim merupakan salah satu perkhidmatan seru-pandu di Malaysia, yang beroperasi di beberapa bandar. Selepas sekian lama memfokuskan kepada ciri pengangkutan ke destinasi, kini Maxim turut melihat untuk memperluaskan perkhidmatan mereka pada tahun 2026 ini.

Maxim

Berkongsi mengenainya, Maxim mengatakan pada tahun 2026 ini, mereka akan memperluaskan perkhidmatan, khususnya dalam penghantaran makanan dan barangan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan, dan bagaimana dengan kawasan liputan awal.

Dengan langkah ini, Maxim juga turut akan bersaing dalam arena yang kini diterajui oleh , FoodPanda dan ShopeeFood, selain turut mempunyai pemain lain seperti Misi. Penyertaan Maxim juga dijangka akan memeriahkan lagi pasaran, dan membuatkan pasaran lebih kompetitif.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link