Manusia Didapati Mula Menghasilkan Api 350,000 Tahun Lebih Awal Daripada Disangka
Effi Saharudin
Manusia dipercayai mula menggunakan api sekitar 1 juta tahun lalu dengan ia adalah daripada sumber semula jadi seperti dipanah petir atau kebakaran hutan. Adalah dipercayai manusia hanya mula belajar menghasilkan api sendiri 50,000 tahun lalu. Tetapi pendapat ini telah dicabar menerusi penemuan arkeologi di Suffolk, England.

Penyelidik dari University College London menemukan fragmen mineral pirit dan tompokan batu api merah yang retak menunjukkan bukti jelas pembakaran berulang kali dilakukan. Pirit boleh digunakan untuk menyalakan api apabila digoreng dengan batu api. Penemuan ini menunjukkan manusia spesis Neanderthal sudah belajar menghasilkan api 400,000 tahun lalu, 350,000 tahun lebih awal daripada jangkaan asal.
Kemampuan menghasilkan api sendiri mengubah kehidupan manusia awal. Manusia kini boleh tinggal di kawasan lebih sejuk sekaligus menyebarkan populasi ke seluruh dunia. Ia juga digunakan untuk menghalau haiwan buas dan menghasilkan senjata serta alat lebih kompleks berbanding sebelumnya.
Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Nature.






