MacBook Pro 14″ M5 Di Malaysia Masih Dijual Dengan Kepala Pengecas Tidak Seperti Di Eropah
Effi Saharudin
MacBook Pro 14″ M5 dilancarkan lewat malam semalam dengan ia mengekalkan rekaan MacBook Pro 14″ M4 tetapi dengan cip yang lebih berkuasa. Muncul laporan di Eropah, Apple tidak menyertakan kepala pengecas USB-C 70/96W untuk MacBook Pro 14″ M5 dengan setiap pembelian.

Menurut Apple ini adalah persediaan kepada arahan Kesatuan Eropah (EU) untuk memberikan pilihan kepada pengguna untuk tidak membeli produk baharu tanpa pengecas. Ini adalah bagi pengguna yang sudahpun mempunyai pengecas USB-C sebelum ini dan sekaligus mengurangkan sampah elektronik di EU.
Atas sebab itu harga jualan semua model MacBook Pro 14″ M5 di Eropah kecuali di UK adalah 100 Euro lebih murah disebabkan pengecas tidak disertakan. Di Malaysia tiada rang undang-undang yang sama dengan kepala pengecas diberikan dengan setiap pembelian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






