MacBook Dengan Skrin Sentuh Akan Dilancarkan Tahun Depan dan MacBook Cip iPhone Tahun Ini
Effi Saharudin
Ming-Chu Kuo pernah meramalkan Apple akan melancarkan MacBook dengan skrin sentuh dan juga yang dilengkapi cip iPhone yang dijual pada harga mampu milik. Hari ini beliau mengatakan pula MacBook OLED dengan skrin sentuh akan dilancarkan penghujung 2026. Sensor mengesan sentuhan akan terbina terus pada skrin bagi menjadi panel lebih nipis. Ini ialah teknologi yang digunakan Samsung pada siri Galaxy Z Fold7.

Kuo turut mengatakan pengeluaran MacBook dengan cip iPhone (mungkin A19 Pro) alan dilancarkan pada Q4 2025. Model ini walau bagaimanapun tidak akan dilengkapi skrin sentuh. Menerusi iPadOS 26 dan macOS Tahoe 26 yang diberikan semalam, banyak ciri MacBook diberikan kepada iPad dan ciri iPad pula MacBook untuk menyeragamkan ekosistem.
Sudah lama peminat Apple memberikan MacBook dengan skrin sentuh dan nampaknya tahun depan impian ini akan akhirnya menjadi realiti.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.