LRT 3 Akan Mula Beroperasi Pada 31 Disember – Menyambungkan Bandar Utama dengan Klang
Effi Saharudin
Perkhidmatan LRT 3 atau nama rasminya LRT laluan Shah Alam akan memulakan operasi bermula 31 Disember depan. Ini ialah tiga bulan lebih lewat berbanding tarikh asal 30 September lalu. Ini disahkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam. LRT 3 kini sedang menjalani fasa akhir ujian dan pentauliahan.

LRT laluan Shah Alam ialah perkhidmatan rel transit keempat di Lembah Kelang dengan ia akan dikendalikan oleh Rapid KL. Laluan akan mempunyai 25 stesen yang buat pertama kalinya terletak di luar sempadan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia menghubungkan stesen Bandar Utama di Petaling dengan stesen Johan Setia di Klang.
Pembinaan laluan ini menelan belanja RM21.93 billion yang adalah lebih rendah berbanding kos anggaran asal RM31.65 billion semasa diluluskan pada tahun 2015. Apabila beroperasi kelak ia mampu membawa sehingga 39,260 penumpang setiap jam.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






