Malaysia Oversight

Lesen Memandu Fizikal Kelak Boleh Dibeli Melalui Kaunter UTC Dan JPJ

By Amanz in January 23, 2026 – Reading time 2 minute
Lesen Memandu Fizikal Kelak Boleh Dibeli Melalui Kaunter UTC Dan JPJ


Lesen Memandu Fizikal Kelak Boleh Dibeli Melalui Kaunter UTC Dan JPJ

January 23, 2026
Lain-lain

Nazrin

Setelah pihak Kementerian Pengangkutan mendigitalkan pengesahan dan pembaharuan lesen memandu Malaysia, pengeluaran lesen fizikal adalah sesuatu yang telah dihadkan kepada mereka yang memerlukannya untuk mendaftar untuk lesen memandu antarabangsa dan juga mereka yang akan memandu di luar negara.

Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengesahkan bahawa bermula 23 Januari 2026, mereka yang memerlukan atau mahu memegang lesen memandu fizikal boleh ke kaunter pendaftaran dan pembaharuan lesen di Pusat UTC ataupun JPJ untuk membeli lesen fizikal tersebut tanpa perlu memberi bukti bahawa mereka akan memandu di luar negara.

Lesen Memandu

Menurut beberapa laporan, untuk mendapatkan lesen fizikal ini, rakyat Malaysia akan perlu membayar RM20 untuknya, manakala rakyat asing yang mahukan lesen tersebut akan perlu membayar RM100 untuknya.

Harga bayaran untuk lesen fizikal ini adalah sama untuk semua pemilik lesen memandu kompeten Malaysia, tidak kira ia untuk lesen motosikal, kereta dan kenderaan-kenderaan lain. Dalam pada itu, pembelian lesen fizikal ini tidak memberi kesan kepada kebolehan rakyat untuk memperbaharui tempoh lesen melalui aplikasi MyJPJ.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas, pemegang lesen Kelas A1 dan A, serta orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar boleh terus menerima kad tersebut tanpa sebarang bayaran.

Lesen fizikal ini juga bukanlah sesuatu yang wajib untuk dimiliki kerana butiran lesen kereta dan memandu semuanya sudah boleh diperlihatkan melalui aplikasi MyJPJ. Ia hanyalah sesuatu yang kini lebih mudah untuk didapati sekiranya anda benar-benar memerlukannya.

Free Malaysia Today



Source link