Malaysia Oversight

Lenovo ThinkCentre Neo Ultra 2025 Diperkenalkan – PC Desktop Padat Dikuasakan Gabungan Intel Dan NVIDIA

By Amanz in April 30, 2025 – Reading time 2 minute
Lenovo ThinkCentre Neo Ultra 2025 Diperkenalkan – PC Desktop Padat Dikuasakan Gabungan Intel Dan NVIDIA


Lenovo

Lenovo ThinkCentre Neo Ultra 2025 Diperkenalkan – PC Desktop Padat Dikuasakan Gabungan Intel Dan NVIDIA

April 30, 2025

Nazrin

Lenovo ialah sebuah jenama teknologi yang cukup terkenal untuk penawaran perkomputeran yang merangkumi dunia produktiviti dan gaming kelas premium. Selain daripada komputer riba ThinkPad, Lenovo juga dikenali untuk komputer-komputer desktop pejabat mereka, dan terkini, mereka telah memperkenalkan sebuah lagi komputer desktop padat yang sesuai untuk pejabat yang mungkin tidak mempunyai ruang meja yang begitu besar.

image 90.png

Dinamakan Lenovo ThinkCentre neo Ultra 2025, komputer desktop padat ini merupakan kemaskini kepada siri komputer Lenovo ThinkCentre kecil mereka, yang mana ia kini hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core Ultra 200, sehingga model Intel Core Ultra 9 285 dengan 32GB memori DDR5 dan juga storan SSD sehingga 1TB.

image 88

Ia juga dilengkapi dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 dan RTX 5060 Ti yang cukup berkuasa untuk menggerakkan sejumlah permainan komputer dan juga untuk tugasan-tugasan kreatif seperti suntingan video, olahan objek 3D dan sebagainya menggunakan perisian pemandu NVIDIA Studio.

Menariknya, untuk model Lenovo ThinkCentre neo Ultra 2025, mereka juga mengatakan bahawa ia akan hadir dengan kad NPU untuk tujuan pemprosesan kecerdasan buatan, tetapi buat masa ini nampaknya spesifikasi untuk kad tersebut belum diperlihatkan lagi.

image 89

Desktop Lenovo ThinkCentre neo Ultra 2025 ini akan dilancarkan untuk pasaran terlebih dahulu, pada harga 14,999 Yuan (~RM8900) untuk model Intel Core Ultra 5 200 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060, dan 19,999 Yuan (~RM11,900) untuk model yang dikuasakan Intel Core Ultra 7 200 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 Ti. Harga untuk model Intel Core Ultra 9 200 belum diumumkan lagi.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link