Malaysia Oversight

Lenovo Perlihat Dua Komputer Riba Dengan Skrin Gulung, Cermin Mata Pintar dan Skrin Pintar Di CES

By Amanz in January 7, 2026 – Reading time 2 minute
Lenovo Perlihat Dua Komputer Riba Dengan Skrin Gulung, Cermin Mata Pintar dan Skrin Pintar Di CES


Lenovo Perlihat Dua Komputer Riba Dengan Skrin Gulung, Cermin Mata Pintar dan Skrin Pintar Di CES

January 7, 2026
Lenovo

Effi Saharudin

CES ialah medan teknologi baharu diperlihatkan sebagai konsep sebelum kemudiannya ditawarkan sebagai produk sebenar. Sekali lagi Lenovo hadir ke lantai CES dengan empat inovasi teknologi skrind dan cermin mata yang belum pernah ditawarkan mereka sebelum ini.

Lenovo Legion Pro Rollable Concept A

Produk paling menarik ialah Legion Pro Rollable Concept dengan skrin yang boleh berubah daripada 16” ke 21.5” dan 24”. Ini dilakukan dengan skrin gulung yang terbuka ke sisi membolehkan ia menjadi sebuah laptop dengan skrin ultra lebar. Teknologi Lenovo PureSight OLED Gaming digunakan bagi menawarkan visual yang menarik untuk gamer.

Lenovo Legion Pro Rollable Concept B

Dalam Focus Mode ia sebesar 16” sesuai untuk melakukan kerja. Kemudian dalam Tactical Mode ia membesar ke 21.5” sesuai untuk permainan FPS. Akhir sekali Arena Mode menjadikannya semakin lebar 24” membolehkan paparan kandungan lain seperti chat, dan aplikasi lain dipaparkan serentak dengan permainan yang sedang dimainkan. Legion Pro Rollable adalah berasaskan sebuah Legion Pro 7i dengan cip Intel Core Ultra, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090.

ThinkPad Rollable XD Concept pula ialah konsep lebih menarik dengan skrin membesar ke atas daripada 13.3″ ke 16″ menerusi arahan suara Lenovo Qira atau menekan butang. Terdapat sebuah lagi skrin tambahan di belakang yang membolehkan komputer masih digunakan apabila penutup tidak dibuka. Pelbagai maklumat penting seperti nota, dan kalender dipaparkan setiap masa pada skrin sekunder ini.

Lenovo ThinkPad Rollable XD Concept

Lenovo AI Glasses Concept pula ialah sepasang cermin mata pintar yang turut mengintegrasikan kamera dan pembantu maya AI Lenovo Qira. Ia boleh disambungkan kepada telefon pintar dan juga PC. Tiada skrin terbina pada kaca tetapi ia mempunyai speaker terbina untuk mendengar muzik atau melakukan panggilan telefon. Cermin mata ini hanya seberat 45g degan bateri yang bertahan sehingga 8 jam.

Lenovo Smart Sense Display Concept

Lenovo Smart Sense Display Concept pula ialah skrin pintar dengan skrin 27 inci UHD. Ia menyokong sambungan menggunakan kabel dan nirwayar kepada telefon bimbit, komputer riba dan tablet. Ia turut mempunyai pembantu maya terbina yang dikawal dengan suara serta pad sesentuh. Sebuah kamera turut diletakkan di bahagian atas.

Lenovo AI Glasses

Kesemua produk ini masih di peringkat konsep. Tetapi Lenovo sudah beberapa kali menawarkan produk yang dahulunya konsep menjadi produk sebenar selepas beberapa tahun. Jadi mungkin kesemua peranti konsep ini bakal menjadi realiti dalam masa terdekat.



Source link