Malaysia Oversight

Lenovo Dijangka Memperkenalkan Komputer Riba Gaming Legion Dikuasakan Siri CPU AMD Ryzen AI 400

By Amanz in December 23, 2025 – Reading time 2 minute
Lenovo Dijangka Memperkenalkan Komputer Riba Gaming Legion Dikuasakan Siri CPU AMD Ryzen AI 400


Selain daripada konsol permainan Lenovo Legion Go 2 yang digerakkan sistem operasi SteamOS dan Lenovo Legion Pro Rollable, Lenovo juga dijangka akan melancarkan sejumlah komputer riba gaming Legion yang dikuasakan siri cip pemprosesan AMD Ryzen AI 400 “Gorgon Point” yang juga akan diperkenalkan sewaktu acara CES 2026.

Terkini, ia dijangka bahawa Lenovo akan memperkenalkan tiga lagi komputer riba gaming yang dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD dibawah nama Lenovo Legion 7a dan dua buah Lenovo Legion 5a yang akan tampil dengan spesifikasi berbeza.

Bermula dengan Lenovo Legion 7a, yang akan dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen AI 9 HX 470 dan AMD Ryzen AI 9 465 dan akan hadir dengan paparan skrin PureSight OLED bersaiz 16 inci dengan nisbah paparan 16:10, resolusi 2560×1600 dan kadar segar semula 240Hz.

Lenovo 09

Untuk Lenovo Legion 5a pula, ia dilihat akan hadir dengan cip pemprosesan AMD Ryzen AI 9 465 dengan paparan OLED PureSight dengan kadar segar semula 165Hz dengan nisbah paparan dan resolusi yang sama.

Menariknya, Windowslatest mengatakan bahawa spesifikasi yang CPU yang berkuasa ini akan dipadankan bersama-sama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5060 8GB, dan ini adalah kerana Lenovo Legion 7a dan Legion 5a ini hadir dengan rekaan rangka yang nipis, tidak melebihi ketebalan 2cm.

Menyejukkan komponen-komponen ini ialah sistem penyejukan Legion ColdFront yang akan mengalirkan haba daripada komponen CPU dan GPU dengan kadar yang sangat cepat.

Lenovo juga dijangka akan memperkenalkan komputer riba dalam siri Lenovo Yoga dan Lenovo IdeaPad dengan siri cip pemprosesan AMD baru, dimana semuanya akan diperlihatkan di acara CES 2026 yang akan berlangsung di Las Vegas pada awal Januari ini.

Windowslatest



Source link