Malaysia Oversight

Lenovo Akan Lancarkan Komputer Riba Skrin Gulung Ultra Lebar

By Amanz in December 9, 2025 – Reading time 1 minute
Lenovo Akan Lancarkan Komputer Riba Skrin Gulung Ultra Lebar


Lenovo Akan Lancarkan Komputer Riba Skrin Gulung Ultra Lebar

December 9, 2025
Lenovo

Effi Saharudin

Tahun lalu ThinkBook Plus Gen 6 Rollable dilancarkan sebagai komputer riba dengan skrin gulung pertama dunia. Dengan menekan hanya satu butang, skrin komputer riba ini akan memanjang ke atas memberikan skrin yang lebih tinggi berbanding 16:9. Teknologi skrin gulung ini akan dikembangkan lagi oleh Lenovo dengan ia akan digunakan pula untuk membolehkan skrin biasa berubah menjadi ultra lebar.

Lenovo Legion Pro Rollable A

Gambar komputer riba dengan nama Lenovo Legion Pro Rollable ini telah ditiriskan oleh laman Windowslatest. Apabila dibuka, skrin komputer riba berubah kepada nisbah 21:9. untuk segi gaming dengan pemandangan lebih luas atau untuk aplikasi produktiviti yang memerlukan lebih ruang.

Besar kemungkinan Lenovo Legion Pro Rollable akan diperlihatkan secara rasmi di acara CES 2026 pada bulan depan. Acara ini kerap digunakan oleh pengeluar untuk memaparkan teknologi terkini untuk produk mereka. Dengan CES 2026 semakin hampir, maklumat lebih lanjut mengenai Lenovo Legion Pro Rollable akan diketahui dalam masa terdekat.



Source link