Malaysia Oversight

Leica 0 No.112 Dilelong Pada Harga RM35 Juta – Lelongan Kamera Kedua Termahal Di Dunia

By Amanz in June 30, 2025 – Reading time 1 minute
Leica 0 No.112 Dilelong Pada Harga RM35 Juta – Lelongan Kamera Kedua Termahal Di Dunia


Fotografi

Leica 0 No.112 Dilelong Pada Harga RM35 Juta – Lelongan Kamera Kedua Termahal Di Dunia

June 30, 2025

Nazrin

Pada minggu lepas, Leica telah mengadakan acara ulang-tahun ke-100 kamera filem Leica 1 mereka, dimana mereka telah memperlihatkan beberapa pengumuman menarik seperti pengenalan filem kamera pertama mereka, MONOPAN 50 dan juga edisi 100 Years of Leica untuk kamera-kamera Leica D-Lux 8 dan Sofort 2.

Selain daripada itu, mereka juga telah mengadakan acara lelongan kamera-kamera dan aksesori Leica, dimana lelongan yang paling ditunggu-tunggu adalah untuk kamera Leica 0 No.112, iaitu prototaip kepada kamera Leica 1 yang diperkenalkan pada tahun 1925.

image 110

Sebelum Leica 1 diperkenalkan, Ernst Leitz, pengasas Leica dan Oskar Barnack, “bapa” kepada Leica 1 telah memperkenalkan 25 buah model prototaip kamera filem Leica 0, yang hadir dengan nombor siri Leica 0 No.101 ke 125, yang mana pada hari ini, hanya separuh daripada kamera-kamera ini masih lagi wujud, menjadikannya salah satu daripada kamera yang paling diingini oleh pengumpul bangsawan.

Pada tahun lepas, kamera Leica 0 No.105 telah dilelong pada harga 14.4 juta Euro (~RM71.4 juta), menjadikannya lelongan kamera yang termahal di dunia. Ia dilelong pada harga yang sangat mahal kerana kamera tersebut merupakan milik Oskar Barnack sendiri, menjadikan pemilikannya sangat eksklusif.

Walaupun begitu, Leica 0 No.112 masih dilelong pada harga 7.2 juta Euro (~RM35 juta), menjadikannya lelongan kamera kedua paling mahal di dunia.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link