Menjadi pelik bukanlah satu kesalahan, malah boleh mencuri perhatian jika kena caranya. LEGO dan Crocs kini mengumumkan kerjasama global dengan pelancaran LEGO Brick Clog pada harga $149.99 (~RM595) sepasang.

Kasut ini direka menyerupai bongkah LEGO lengkap dengan empat bongkah kecil berlogo, jenama LEGO dan Crocs serta tali tumit boleh laras. Selain reka bentuk unik, setiap pasang LEGO Brick Clogs turut disertakan dengan patung kecil LEGO yang memakai versi mini-Crocs dalam empat warna berbeza. Meskipun begitu, Crocs menegaskan kasut ini lebih kepada koleksi dan tidak sesuai untuk dipakai sepanjang hari.

Kasut ini akan mula dijual di laman web LEGO dan Crocs pada 16 Februari 2026, diikuti pelancaran kedua pada musim bunga. Kerjasama ini digelar sebagai ‘Multi-year Global Partnership’ dengan lebih banyak produk bakal diperkenalkan sepanjang tahun 2026.





