Lebih Ramai Pengurus Kini Menggunakan AI Dalam Membuat Keputusan
July 16, 2025
•
Aman
Melalui sebuah bancian yang dilakukan oleh Resume Builder, ia dilihat lebih ramai pengurus kini bergantung kepada kecerdasan buatan dalam membuat sesuatu keputusan – termasuk keputusan penting dalam perniagaan.
Bancian yang dilakukan melibatkan 1342 orang pengurus di Amerika Syarikat, dan di dapati sekitar 60% bergantung kepada kecerdasan buatan dalam melakukan keputusan. Bukan sekadar keputusan harian, tetapi ia turut digunakan dalam membuat keputusan melibatkan pengambilan pekerja atau untuk membuang pekerja.
Beberapa pengurus juga turut mengatakan mereka sedia menggantikan beberapa jawatan menggunakan kecerdasan buatan – salah satu perkara yang menjadi kerisauan ramai kebelakangan ini.
Majoriti besar pengguna masih menggunakan ChatGPT untuk penggunaan harian, dan diikuti dengan model-model kecerdasan buatan lain.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.