Malaysia Oversight

Laporan OpenSignal Memperlihatkan Mutu Perkhidmatan Syarikat Telekomunikasi Tempatan

By Amanz in November 25, 2025 – Reading time 2 minute
Laporan OpenSignal Memperlihatkan Mutu Perkhidmatan Syarikat Telekomunikasi Tempatan


Laporan OpenSignal Memperlihatkan Mutu Perkhidmatan Syarikat Telekomunikasi Tempatan

November 25, 2025
Telekomunikasi

Nazrin

OpenSignal, syarikat yang sering dilihat menilai mutu perkhidmatan telekomunikasi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat di seluruh dunia baru-baru ini telah memperlihatkan laporan Mobile Network Experience Report untuk data yang dikumpul sepanjang bulan Ogos 2025 sehingga Oktober 2025.

Untuk perkhidmatan internet mudah-alih di Malaysia, laporan ini memperlihatkan beberapa butiran menarik, kerana bukan hanya satu syarikat telekomunikasi sahaja yang dilihat menawarkan perkhidmatan yang baik.

CelcomDigi dilihat hadir sebagai syarikat dengan mutu perkhidmatan yang paling konsisten dengan skor 71.7 peratus, mengatasi pencabar di tempat kedua, iaitu Maxis. Metrik ini mengukur sama ada rangkaian tersebut boleh menyokong aplikasi mudah alih biasa secara konsisten pada tahap yang ‘cukup baik’ untuk pengguna melaksanakan tugas-tugas mencabar biasa pada peranti mereka.

Pengguna rangkaian Unifi dilihat menikmati kelajuan muat turun keseluruhan terpantas di Malaysia, 13 peratus lebih pantas berbanding mereka yang berada di rangkaian U Mobile di tempat kedua. Unifi juga kini merupakan pemenang anugerah Voice App Experience dengan skor 80 mata pada skala 100 mata. Ia merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia sekarang yang berada dalam kategori Baik (80-87).

Mobile Network Experience Report November 2025 %C2%A9 Opensignal Limited

Maxis mengekalkan anugerah Reliability Experience dengan skor 874 mata pada skala 100-1000 mata, sekitar enam mata di hadapan CelcomDigi dan Unifi, yang terikat di tempat kedua. Anugerah mengukur keupayaan pengguna kami untuk berhubung dan berjaya menyelesaikan tugasan asas pada rangkaian pengendali.

Yes 5G pula satu-satunya pemenang Time on Network, dengan skor 99 peratus. Angka ini mewakili perkadaran masa yang diluangkan oleh pengguna Opensignal untuk berhubung dengan isyarat mudah alih 5G, 4G atau 3G.

U Mobile memenangi anugerah 5G Availability secara keseluruhannya dengan skor 57.8 peratus, mengatasi Maxis di tempat kedua. Skor ini mencerminkan kadar masa pengguna Opensignal dengan peranti 5G dan langganan 5G mempunyai sambungan 5G, sama ada ia digunakan secara aktif atau tidak.

Menariknya, Unifi Mobile dilihat memenangi beberapa anugerah lain juga seperti Video Experience, 5G Video Experience, Games Experience dan Download Speed Experience menjadikannya satu-satunya syarikat telekomunikasi yang memenangi lima anugerah kali ini.

Laporan penuh berkenaan kualiti penawaran rangkaian internet mudah-alih syarikat telekomunikasi tempatan di laman web OpenSignal.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link