Malaysia Oversight

Langganan Microsoft 365 Untuk Pengguna Perniagaan dan Kerajaan Dinaikkan Tahun Depan

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 2 minute
Langganan Microsoft 365 Untuk Pengguna Perniagaan dan Kerajaan Dinaikkan Tahun Depan


Langganan Microsoft 365 Untuk Pengguna Perniagaan dan Dinaikkan Tahun Depan

December 5, 2025
Microsoft

Effi Saharudin

Tahun baharu lazimnya disambut dengan azam baharu, kereta baharu dan kadang kala pekerjaan baharu bagi membezakannya dengan tahun sebelumnya. Bagi pelanggan Microsoft 365, bermula Julai 2026 harga langganan baharu akan dikenakan sekiranya anda pengguna pelan perniagaan, komersial dan

Microsoft 365

Hampir semua pelan langganan Microsoft 365 untuk pengguna perniagaan dan komersial akan dinaikkan harga sehingga 34%. Menurut Microsoft harga baharu dikenakan kerana beberapa ciri baharu seperti Copilot Chat, Security Copilot, sistem keselamatan lebih baik dan juga peningkatan kepada sistem pengurusan perisian akan diperkenalkan.

Copilot Chat misalnya berfungsi dalam Word, Excel, PowerPoint, Outlook, dan OneNote. Terdapat juga Agent Mode yang memudahkan proses menghasilkan dokumen. Sementara itu Security Copilot pula terbina terus dalam Defender, Entra, Intune, dan Purview untuk melancarkan lagi sistem sekuriti.

Di bawah ialah senarai harga baharu untuk pelanggan perniagaan, komersial dan . Ini adalah senarai untuk pelanggan di Amerika Syarikat dengan kami masih belum menemukan senarai harga baharu rasmi daripada Microsoft Malaysia untuk pelanggan tempatan.

Microsoft 365 Suite Harga Semasa Harga Bermula Julai 2026
Business Basic $6.00 $7.00
Business Standard $12.50 $14.00
Business Premium $22.00 $22.00
Office 365 E1 $10.00 $10.00
Office 365 E3 $23.00 $26.00
Microsoft 365 E3 $36.00 $39.00
Microsoft 365 E5 $57.00 $60.00
Microsoft 365 F1 $2.25 $3.00
Microsoft 365 F3 $8.00 $10.00
SKU Komersial SKU Kerajaan Kenaikan Harga 1 Julai 2026 Harga 1 Julai 2027
Microsoft 365 E3 Microsoft 365 G3 GCC 8% +8%
Microsoft 365 G3 GCC High 8% +8%
Microsoft 365 G3 DoD 8% +8%
Microsoft 365 E5 Microsoft 365 G5 GCC 5% +5%
Microsoft 365 G5 GCC High 5% +5%
Microsoft 365 G5 DoD 5% +5%
Office 365 E1 Office 365 G1 GCC
Office 365 E1 GCC High
Office 365 E1 DoD
Office 365 E3 Office 365 G3 GCC 13%* +10% +3%
Office 365 E3 GCC High 13%* +10% +3%
Office 365 E3 DoD 13%* +10% +3%
Microsoft 365 Business Premium Business Premium GCC High

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link