Malaysia Oversight

Kumpulan Perisian Hasad Antarabangsa Lumpuh Dalam Operasi Melibatkan PDRM – 20,000 Domain Dirampas

By Amanz in June 13, 2025 – Reading time 1 minute
Kumpulan Perisian Hasad Antarabangsa Lumpuh  Dalam Operasi Melibatkan PDRM – 20,000 Domain Dirampas


Sekuriti

Kumpulan Perisian Hasad Antarabangsa Lumpuh Dalam Operasi Melibatkan PDRM – 20,000 Domain Dirampas

June 12, 2025

Effi Saharudin

Operasi beberapa kumpulan yang melakukan jenayah mencuri data orang ramai menggunakan perisian hasad berjaya dilumpuhkan hari ini. Serbuan dilakukan serentak oleh polis di 26 negara termasuk Polis Diraja Malaysia ini berjaya menahan 32 suspek. Secara keseluruhan lebih 20,000 domain dan IP yang digunakan untuk kegiatan perisian hasad serta 42 mesin pelayar telah dirampas.

Godam

Turut dirampas ialah data sebesar 100GB dengan lebih 216,000 telahpun dihubungi pihak berkuasa. Perisian hasad yang digunakan mencuri maklumat log masuk akaun, data kewangan dan dompet kripto. Ia kemudiannya dijual di web gelap untuk mencuri identiti.

Pihak polis negara yang terlibat dalam serbuan besar-besaran ini adalah Brunei, Fiji, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kemboja, Kepulauan Solomon, Kiribati, Korea, Laos, Makau, Malaysia, Maldives, Nauru, Nepal, Papua New Guinea, Samoa, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Timor-Leste, Tonga, Vanuatu, dan Vietnam.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link