Komponen Untuk Memulakan Kehidupan Ditemukan Pada Sampel Asteroid Bennu
Effi Saharudin
Pada tahun 2016, Misi OSIRIS-REx dilancarkan dengan tujuan mengambil sampel daripada asteroid 101955 Bennu. Ia percubaan pertama untuk menganalisa komposisi asteroid semasa ia masih di angkasa lepas. Sampel asteroid ini kembali semula ke bumi dengan selamat pada tahun 2023. Yoshihiro Furukawa yang mengetuai pasukan saintis dari Tohoku University mengumumkan mereka menemukan sebatian gula yang merupakan komponen memulakan kehidupan dalam sampel yang kembali ke bumi.

Sebatian ribose yang diperlukan untuk pembentukan RNA dan glukosa yang digunakan kehidupan di bumi. Penemuan dua sebatian gula ini tidak membuktikan kewujudan makhluk terrestrial selain di bumi tetapi menyokong hipotesis sains asteroid menghentam bumi berbilion tahun lalu dan memulakan kehidupan di bumi. Di angkasa lepas terdapat berbilion asteroid yang mempunyai bahan-bahan memulakan organisma maka kebarangkalian bukan lagi sifar wujud kehidupan selain di bumi.

Sampel daripada Bennu ialah yang pertama dalam sejarah diambil terus daripada asteroid sebelum ia tiba di bumi. Maka tiada pencemaran pada sampel yang dikaji. Pasukan Tohoku University menganalisa 600 miligram debu Bennu yang diuji dengan air dan asid untuk mengekstrak gula. Alatan makmal kemudian digunakan untuk mengesan kehadiran ribos, glukosa dan gula-gula yang lain.
Pasukan yang sama kini akan menumpukan kajian ke atas sampel asteroid Ryugu yang kembali ke bumi pada tahun 2020 menerusi misi Hayabusa2. Kajian ke atas sampel ini diramalkan lebih sukar kerana hanya 100 mg sampel Ryugu berjaya dikumpul.
Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






