Kini Anda Boleh Dapatkan Berkas Langganan HBO Max Dan Viu Pada Harga RM33.90 Sebulan
Aman
HBO Max dan Viu kini mengumumkan kerjasama, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan langganan kepada kedua-dua perkhidmatan berkenaan pada satu harga bulanan, iaitu RM33.90 sebulan. Dengan langkah ini, pengguna boleh berjimat, dan pada masa yang sama menguruskan pembayaran dengan lebih mudah.

Seperti ramai sedia maklum, HBO Max menawarkan kandungan barat, sementara Viu pula lebih memfokuskan kepada kandungan terbitan Korea, selain turut mempunyai beberapa kandungan tempatan melaluinya.
Untuk makluman, HBO Max ditawarkan pada harga bermula RM24.90 sebulan secara berasingan, sementara Viu pula ditawarkan pada harga RM21.90 sebulan.
Berkas langganan kedua-dua perkhidmatan pada harga RM33.90 sebulan ini boleh dilanggan melalui HBO Max mahupun melalui Viu.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






