Malaysia Oversight

Kilang Pintar Xiaomi – Kecanggihan Teknologi Automasi Dalam Industri Telefon Pintar

By Amanz in December 26, 2025 – Reading time 2 minute
Kilang Pintar Xiaomi – Kecanggihan Teknologi Automasi Dalam Industri Telefon Pintar


Xiaomi terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju teknologi global dengan Xiaomi Smart Factory, sebuah kilang pintar berteknologi tinggi yang melambangkan masa depan industri pembuatan telefon pintar. Terletak di Changping Future Science City, Beijing, fasiliti ini menjadi komponen penting dalam strategi ekosistem “Human × Car × Home” yang diketengahkan oleh Xiaomi. 

Pelaburan Besar Untuk Pembuatan Masa Hadapan

Xiaomi Smart Factory dibangunkan dengan keluasan 81,000 meter persegi, 8 bangunan telah dirancang dengan 2 bangunan telah siap dibina . Dengan jumlah pelaburan mencecah RMB 2.4 bilion (anggaran RM 1.39 billion), pembinaan kilang ini bermula pada Jun 2021 dan mula beroperasi sepenuhnya pada Februari 2024.

image 41

Sebelum ini, Xiaomi Smart Home Appliance telahpun dibuka tahun ini di Wuhan dan sekali gus dapat mempercepatkan lagi untuk merealisasikan strategi ekosistem produk pintar Xiaomi “Human x Car x Home”.

Pemasangan Automatik Berketepatan Tinggi

Salah satu keistimewaan utama kilang telefon pintar Xiaomi ialah tahap automasinya yang sangat tinggi. Kilang ini menempatkan 11 barisan pengeluaran, dengan 100% automasi pada proses kritikal dan kadar automasi keseluruhan mencapai 81%.

image 44

Dengan penggunaan teknologi automasi yang canggih ia dapat membuahkan hasil iaitu kilang ini mampu menghasilkan lebih 10 juta unit telefon pintar setahun, dengan purata masa pengeluaran hanya sekitar 6 saat bagi setiap peranti. Ini adalah satu pencapaian luar biasa dalam industri pembuatan elektronik.

image 40

Perisian & Perkakasan Dibangunkan Sendiri

Xiaomi turut menonjolkan keupayaan teknologinya melalui pembangunan dalaman perisian dan perkakasan. Bagi perkakasan, 96.8% peralatan yang digunakan adalah hasil pembangunan sendiri oleh Xiaomi, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar dan meningkatkan kawalan kualiti justeru menunjukan keupayaan Xiaomi sendiri. 

image 43

Dari sudut perisian, kilang ini menggunakan 100% perisian dibangunkan sendiri, yang dikenali sebagai Xiaomi Hyper Intelligent Manufacturing Platform (IMP). Platform ini memantau setiap peringkat operasi kilang secara automatik, termasuk kecekapan pengeluaran, kualiti produk serta pengesanan keadaan jika berlaku sebarang masalah. Sistem ini juga mampu mengurus inventori secara pintar dengan memberikan pesanan bekalan secara automatik apabila stok berkurangan.

image 42

Proses Yang Teliti Menjamin Kualiti

Demi memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna, Xiaomi Smart Factory mengaplikasikan tujuh proses utama pengeluaran bermula dengan Surface-Mounted Technology (SMT) dan Semi Assembly bagi memastikan pemasangan serta fungsi papan induk memenuhi piawaian teknikal. Proses Main Board Assembly (MBA) kemudian menambah bahan sokongan untuk meningkatkan kekuatan struktur peranti sebelum diteruskan ke peringkat pemasangan awal dan penuh. 

image 45

Seterusnya, pemeriksaan menyeluruh dilakukan melalui Final Assembly Test (FAT) termasuk beberapa ujian seperti prestasi dan kestabilan jangka panjang. Proses terakhir ialah pembungkusan, yang memastikan setiap peranti berada dalam keadaan sempurna sebelum dihantar kepada pengguna.

Penanda Aras Baharu Industri

Secara keseluruhan, Xiaomi Smart Factory bukan sekadar kilang pengeluaran, tetapi sebuah hab pembuatan pintar bersepadu yang menggabungkan automasi, kecerdasan buatan dan sistem pemantauan masa nyata. Ia menetapkan penanda aras baharu dalam industri telefon pintar global serta membuktikan komitmen Xiaomi terhadap inovasi, kecekapan dan kualiti. Dengan fasiliti ini, Xiaomi bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran, malah mengukuhkan visinya untuk membina ekosistem pintar menyeluruh bagi masa depan.



Source link